PABILA SUDIP BERBICARA

PABILA SUDIP BERBICARA
PABILA SUDIP BERBICARA

Saturday 11 December 2010

NASI LEMAK KUKUS AYAM BEREMPAH ;)





Bahan:
5 cawan beras
2 biji pati santan
3 helai daun pandan
garam secukup rasa

Cara:
Didihkan air dalam pengukus. Basuh beras dan kukus dalam pengukus selama 20 minit atau beras separuh masak. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sekurang-kurangnya3-4 jam supaya beras memanjang 2 kali ganda. Tukar air selalu jika perlu penyejukan lebih cepat. Setelah itu, kukus semula beras yang telah memanjang tadi hingga masak atau lebih kurang 15 minit. Keluarkan nasi yang telah masak dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk dalam beras. Akhir sekali, kukus lagi sekali bersama daun pandan hingga nasi kelihatan berderai, cantikdan santan yang terserap tadi masak.

Cadangan hidangan :
Hidang bersama ayam goreng berempah Seri Tunjung, sambal tumis ikan bilis, telur rebus, kacang goreng, ikan bilis goreng dan timun.

Tambahan :
Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak serata. Sekiranya hendak makan pada pagi, kukus dan rendam pada waktu malam sebelum. Lebih lama rendam, lebih panjang beras. Nasi lemak kukus ini lebih sedap dari yang ditanak biasa dan lebih untung kerana tiada kerak.

Thursday 9 December 2010

PUDING ROTI



Bahan-Bahan:
Satu buku roti (11 keping)
Sebiji telur
Gula (mengikut citarasa)
Air
2 cawan santan
2 cawan susu cair
1 cam. besar mentega
i/2 kotak kecil kismis
Cara:
Masukkan susu cair, santan, telur, mentega dan gula ke dalam mangkuk. Larutkan gula. Potong roti kecil2 danmasukkan ke dalam magkuk yang mengandungi adunan susu. Biarkan roti roti terendam seketika dalam susu. Masukkan ke dalam acuan, diselang seli dengan taburan kismis. Kukus hingga masak.
Cadangan Hidangan:
-
Tambahan:
Jika ingin puding yang seimbang (tidak terlalu keras atau lembik), pastikan sukatan santan, susu cair dan air hanya sekadar menutupi permukaan roti di dalam bekas adunan.

LAKSAM




Bahan-Bahan:
Kuah:-
Ikan Selayang/Sardin - 4/5 ekor
Kelapa - 1 biji
Lada hitam
Bawang merah
Garam secukup rasa

Laksam:-
Tepung beras - 1 paket
Tepung gandum- 3 atau 4 sudu besar
Ulam:-
Taugeh
Timun
Kobis
Kacang Panjang
Daun kesom
Cara:
Untuk Kuah:-
1. Rebus ikan
2. Asingkan isi ikan dan tumbuk hingga lumat dengan lada hitam & bawang merah.
3. Masukkan santan & panaskan atas api.
4. Jangan masak sampai mendidih.

Untuk Laksam:-
1. Bancuh bahan & tuangkan di atas tudung periuk.
2. Kukuskan & bila agak masak, kopek tepi laksam dengan sudu & biarkan ia bergulung. Sejukkan dalam pinggan.
3. Bila Sejuk baru potong. 

LAKSA JOHOR :)



Bahan-Bahan:
Bahan Kuah:
600 gm isi ikan tenggiri (direbus & dikisar)
2 liter air rebusan ikan
1 sudu besar pes udang
1 sudu kecil cili kisar
2 batang bunga kantan
2 tangakai daun kesum
2 keping asam gelugur
4 ulas bawang merah (dikisar)
Sedikit halia (dikisar)
600 gm laksa (direbus)
1 biji timun (dihiris)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 tangkai daun salad (dihiris)
1 batang bunga kantan (dihiris)
1 tangkai daun kesum (dihiris)
Cara:
Masukkan semua bahan kuah ke dalam periuk. Masak hingga mendidih & kuahnya pekat. Masukkan laksa ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah panas hingga penuh. Kemudian bubuhkan sayur-sayuran.

Wednesday 8 December 2010

BEE HOON SINGAPORE









Bahan-bahan : 
Bee Hoon kering, rendam dgn air panas hingga lembut dan toskan 
Bawang besar, dimayang 
Bawang putih, dimayang 
cili api 
Ikan bilis, direndam dan dicincang halus 
Serbuk lada putih 
Sos tiram 
Udang basah 
Telur 
Taugeh dan sayur2 lain ikut suka 
Garam secukup rasa 
Daun bawang, daun seleri dan bawang goreng utk hiasan 
Sambal kicap cili padi 

Cara-cara : 
1. Tumiskan bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan cili api hingga layu. 
2. Masukkan lada putih. Kacau seketika dan masukkan udang dan sotong. Jika suka boleh masukkan fishball dan fishcake. 
3. Masukkan sos tiram, kacau2 dan masukkan sesayuran pilihan. 
4. Masukkan garam secukup rasa. 
5. Pecahkan telur dan kacau2 biar hancur. 
6. Masukkan bee hoon dan kacau hingga betul2 lembut dan sebati. 
7. Masukkan taugeh dan kacau rata tapi tak perlu terlalu lama. 
8. Hiaskan dengan taburan daun bawang, daun seleri dan bawang goreng. Hidangkan juga dgn sambal kicap cili padi. 

NASI GORENG CILI API ;)

  Assalamualaikkum...this is my first entry...so enjoy it

*this is my favourite ;)



Bahan-bahan ( agak-agak 4 orang )

  • 3 Mangkuk Nasi Putih (masak keras sikit)
  • 5 Tangkai Kacang Panjang (dipotong kecil-kecil)
  • Sedikit Ikan Bilis (dlm 20 ekor je)
  • Bahan Kisar (kalau tumbuk lagi bagus) 10 biji cili padi
  • 1 Biji Bawang Besar
  • 2 Biji Bawang Merah
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • Belacan (agak-agak besar setengah ibu jari je)
  • 1 Sudu Kecil Serbuk Kunyit
  • Bahan Sampingan:
  • Minyak Masak
  • Garam secukup rasa
  • 2 biji telur ayam

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau.
  2. Gunakan api besar, masukkan telur ayam,kacau sedikit dan terus masukkan separuh nasi di atas bahan tadi. terus kacau hingga rata
  3. Masukkan garam secukup rasa bersama kacang panjang. kacau lagi..
  4. Masukkan separuh lagi nasi dan kacau sebati sehingga masak.